09 April 2004

Khutbah Jumaat: khatib oh khatib (1)

Hari ini saya solat di Masjid Jami' Putra, Masjid Tanah. Seperti biasa khatib (pembaca khutbah), membaca dengan cara yang sungguh membosankan. Saya heran, mengapa khatib ini tidak mau buat homework? Bukankah teks khutbah itu sudah diterima sebelum membaca khutbah? Seharusnya beliau membacanya terlebih dahulu supaya tidak terjadi kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya terjadi.

Hari ini dua kesalahan fatal yang saya temui: (1) pada bacaan penutup khutbah pertama, yakni "barakallahu li walakum ... dan seterusnya." (2) bacaan selawat ketika memulai doa pada khutbah kedua. Padahal bacaan ini adalah rutin yang sentiasa dibaca oleh khatib setiap khutbah!

Di Melaka, saya telah pergi ke berapa Masjid untuk berjumaat. Saya temui kesalahan-kesalahan serupa terjadi. Misalnya di Masjid Londang, Masjid Bertam Ulu, Masjid Cheng dan Masjid Daerah alor Gajah sebelum imam baru dilantik.

Apakah kerja mereka sebenarnya? Apakah kerja khatib ini boleh dibuat sambil lewa saja?