07 Januari 2005

FW: Pembetulan Ejaan: Aceh Bukan Acheh

From: Syafrein Effendi [mailto:deleted]
Sent: Wednesday, January 05, 2005 4:44 PM
To: 'online@utusan.com.my'

Subject: Pembetulan Ejaan: Aceh Bukan Acheh

Assalamualaikum wr wb

Tuan,

Saya telah mengirim cadangan ini melalui forum@utusan.com.my semalam. Tetapi ada baiknya saya sampaikan cadangan ini kepada editor kerana sehingga hari ini Utusan masih menggunakan ejaan 'Acheh' sedangkan Berita Harian dan TV3 telah menggunakan ejaan 'Aceh' sama seperti yang digunakan di Indonesia sendiri yakni 'Aceh' atau nama rasmi wilayah tersebut adalah 'Nanggroe Aceh Darussalam' (NAD). Akhbar berbahasa Inggris, termasuk CNN, menggunakan ejaan yang sama dengan Indonesia.

Ini berlainan dengan ejaan yang merujuk kepada negara China kerana ejaan ini rasmi digunakan di peringkat antarabangsa.

Penggunaan ejaan 'Aceh' digunakan sejak dilancarkan Ejaan Yang Disempurnakan (EYD) tahun 1972 yang juga digunakan di Malaysia. Sebelum itu ejaan 'Aceh' adalah 'Atjeh'.

Dalam sistem ejaan EYD di Indonesia, 'tj' ditukar menjadi 'c', 'dj' menjadi 'j', 'ch' menjadi 'kh', 'sj' menjadi 'sy'.

Berikutan perubahan itu, 'Acheh' ditukar menjadi 'Aceh', 'Tjirebon' menjadi 'Cirebon', 'Djakarta' menjadi 'Jakarta', 'Jogjakarta' menjadi 'Yogyakarta' dan lain-lain. Saya sendiri telah mengubah ejaan nama saya dari 'Sjafrein' menjadi 'Syafrein' kerana perkara ini dibenarkan oleh peraturan EYD di Indonesia.

Di Malaysia kita menyaksikan perubahan ejaan 'ch' menjadi 'c' ('chinta' menjadi 'cinta' ), 'sh' menjadi 'sy' ('sharat' menjadi 'syarat'.

Jadi, untuk perkataan 'Aceh' eloklah media berbahasa Melayu di Malaysia (termasuk media elektronik) mengikuti ejaan yang digunakan di Indonesia seperti yang dilakukan oleh akhbar-akhbar berbahasa Inggris tempatan dan antarabangsa.

Wassalam.

SYAFREIN EFFENDI BIN USMAN
http://sekilas.blogspot.com

1 ulasan:

JOM JALAN berkata...

Berikut ini adalah balasan Utusan terhadap surat saya tersebut. Terima atas perhatian Pengarang Perkhidmatan Utusan Online.
==============================
Utusan Online to me
Jan 7 (2 days ago)

Terima kasih atas sokongan anda.
________________________________
Pengarang Perkhidmatan Utusan Online
Utusan Online Service Editor
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
46M Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur
Tel: 603-9221-7055
Fak: 603-9222-7876
E-mel: online@utusan.com.my
Laman web: http://www.utusan.com.my

- Show quoted text -