31 Mac 2005

RSS mudahkan kita dapat berita segera


Dengan kemudahan RSS, aku dapat mengikuti perkembangan berita begitu cepat terutama ketika online. Aku menggunakan RssReader. Contohnya, aku dapat berita terbaru tentang Michael Jackson dari BBC. Memang RSS banyak digunakan akhbar berbahasa Inggeris. Akhbar Melayu belum ada saat ini. Di Indonesia, ada Media Indonesia. Akhbar ini melaporkan terplihnya Megawati sebagai Ketua Umum PDIP (2005 - 2010), ditulis pada jam 12:51 waktu Malaysia dan aku mengetahuinya pada jam 13:10 waktu Malaysia. RSS sentiasa mengingatkan kita (sistem alarm) jika terdapat berita terbaru. Aku harap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian akan menggunakan kemudahan RSS ini tak lama lagi.

Tiada ulasan: