09 November 2005

Syawal Berdarah

Vila Jalan Flamboyan dikepung polisBulan Syawal 1426 Hijriyah ini disambut damai oleh Muslim di Malaysia. Tapi di negara jiran Thailand dan Indonesia terjadi pertumpahan darah yang melibatkan umat Islam. Utusan Malaysia melaporkan, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala dua lagi cedera dan berpuluh-puluh suspek pemisah Islam ditangkap selepas pemberontak melancarkan serangan ke atas lebih 20 sasaran kerajaan di wilayah Yala, di Thailand selatan sepanjang malam semalam.

Sore tadi Kompas melaporkan, kepolisian Polres Batu, Malang, Detasemen Antiteror 88 Polri dan TNI terlibat tembak menembak dengan kumpulan yang disyaki pengganas pimpinan DR. Azahari dan Noor Din M Top.

Tembak menembak itu terjadi hari ini, Rabu (9/11), di sebuah vila Jalan Flamboyan dekat pintu masuk tempat rekreasi Songgoriti, Batu, Malang, Jawa Timur (Jatim). Pangdam Brawijaya, Mayjen TNI Syamsul Mapparepa, berada di lokasi pengepungan. "Mereka banyak melakukan perlawanan senjata, bahkan banyak melemparkan granat," kata Syamsul Mapparepa.

Dr AzahariVila di Jalan Flamboyan itu dihuni oleh sekitar tujuh tersangka pengganas anggota kumpulanNoor Din M Top dan Azahari. Setakat ini dua orang tersangka dilaporkan tertembak. Namun belum dapat disahkan indentiti mereka.

Sementara itu, rusuhan di Perancis memasuki hari ke-12 dan menurut polis, sejumlah 1,173 kenderaan dan 12 bangunan dibakar manakala 330 orang ditangkap malam tadi. Kerajaan Perancis semalam meluluskan langkah-langkah untuk memberi kuasa kepada kerajaan tempatan mengenakan perintah berkurung di kawasan-kawasan yang dilanda rusuhan. [UM]

Lima buah kereta dibakar di Brussels malam semalam, menjadikan jumlah kenderaan yang dibakar i meningkat kepada 10 buah dalam kejadian yang disifatkan sebagai perbuatan meniru rusuhan di Perancis. [UM]

Di Sidney, polis Australia menangkap 17 orang, termasuk seorang ulama bersuara lantang yang menyokong Osama bin Laden, atas tuduhan merancang ``melancarkan jihad secara ganas di Australia.''

Salah seorang daripada mereka berkeadaan kritikal di hospital selepas terkena tembakan dalam serbuan yang dilancarkan di Sydney dan Melbourne awal pagi ini.

Polis turut merampas bahan-bahan kimia, senjata api, komputer, buku dan dokumen-dokumen perjalanan dalam serbuan tersebut. [UM]

Selain itu, Pesuruhjaya Bantuan Kemanusiaan Pakistan, Mejar Jeneral Farooq Ahmad Khan dalam kenyataan akhbarnya semalam memberitahu, sehingga kini, angka rasmi kematian yang dicatatkan dalam tragedi gempa bumi ialah seramai 73,276 orang.

Bagi jumlah mereka yang cedera pula ialah seramai 69,260 orang. Kebanyakan mangsa yang terlibat dengan bencana alam berkenaan tinggal di wilayah North West Frontier Province (NFWP). [UM]

Di sebalik tragedi itu, kita patut bersyukur dapat hidup aman dan damai. Kita juga berdoa agar keamanan dapat dipulihkan dan umat Islam terhindar dari malapetaka dan fintah.

Berita Terkait:
Azahari Diduga Tewas - Kelompok Teroris Masih Berikan Perlawanan