27 Oktober 2007

Foto-foto Kursus Haji Perdana Melaka

Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam merasmikan Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Melaka, 26 Oktober 2007, 8:30 malam di masjid Al-'Alami, MITC Ayer Keroh Melaka.

Tansri Abdul Rahman Arshad (no. 2 dari kiri), mantan Pengarah ITM (UiTM), merupakan salah seorang peserta kursus.



Foto-foto oleh Syafrein Effendiuz






Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral, dan kini bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola blog Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.
video

18 Oktober 2007

11 Oktober 2007

Suasana di pel Bandar Hilir Melaka, feri ke Bengkalis, Dumai, P. Baru sesak.

07 Oktober 2007

Malam ke-25 Ramadan 1428 Hijriyah


Foto ini diambil 40 menit sebelum maghrib semalam. Cuaca cerah. Angin sepoi-sepoi bahasa.

"Adakah ini petanda lailatulqadar?" begitulah terdetik di fikiran ramai orang yang menyaksikan cauca petang nan indah ini.

Terlepas dari itu semua, di masjid-masjid dan surau-surau, mereka meningkatkan amalan lebih dari biasa. Ada yang beriktikaf sambil mengerjakan amalan-amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Suasana malam ini memang hebat, tenang, damai sehingga hamba-Nya begitu bersemangat beribadah dan berdoa. Taqabbalallahuminkum!

Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral, dan kini bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola blog Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

05 Oktober 2007

... dan bunga-bunga berguguran

Usai subuh hujan pun turun. Effendiuz berhenti sejenak di rumah itu menunggu hujan agak reda. Jarum jam menunjukkan 6:45.

Keadaan masih gerimis, tapi dia harus pulang untuk mengantar anaknya ke sekolah.
Allah jualah Yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana Yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu Engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira; (Al-Qur'an, 30: 48)
Hujan reda pad 7:30, suasana nyaman. Apabila dia memandang di taman, kelihatan daun-daun berguguran.

"Alangkah indahnya!" ucapnya dalam hati sambil memuji Allah yang menciptakan alam semesta ini begitu indah.
Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Qur'an, 2:29)

01 Oktober 2007

Berkebun ...

Yang namanya Syafrein Effendiuz ini bukanlah seorang yang suka berkebun di sekitar taman rumahnya. Hanya sekali sekala saja dia membantu isterinya mencangkul atau mengorek tanah kerana ini memerlukan tenaga seorang lelaki.

Pagi ini hujan lebat. Selepas mengantar anak ke sekolah, hujan mula reda. Cuaca sejuk, redup dan nyaman. "Ini kesempatan yang baik untuk berkebun," fikir Effendiuz. Biar pun berpeluh, tapi tak terasa haus sangat seperti beberapa hari yang lalu. Maklum sajalah kalau tekak dahaga di bulan puasa ini, tak boleh nak minum kan?

Mula-mula Effendiuz menamam pokok-pokok ini.



Sebenarnya tapak untuk pokok ini telah dicangkul dan digemburnya sebelum puasa lagi. Kemudian bab menamam ini sebenarnya projek isterinya, tapi kerana kesibukannya, projek ini terhenti. Effendiuz cuba membantu menamamnya. Harap pokok ini tumbuh subur seperti di bawah ini.



Ini pula tapak yang telah dicangkul tapi belum sempat ditanam:


Selepas menanam pokok-pokok diatas, Effendiuz menggemburkan pokok-pokok ini:


Beberapa hari yang lalu Effendiuz telah pun membersihkan rumput-rumput liar di sekitar pokok. Hari ini selain menggembur tanah, dia menyusun semula batu-batu di sekeliling pokok ini.

Tanaman di sekeliling pokok pinang ini ditanam dan diselenggarakan oleh isterinya.