15 Oktober 2008

Jalil Miran dan Rafie Hussin telah tiada

Pagi Isnin yang lalu Suhaimi Hamid, editor Hidayah, menelefon saya bahawa Jalil Miran telah meninggal dunia. Jalil adalah rakan sekerja kami tahun 80-an dulu.

Dia pernah bertugas di Variapop dan terakhir sebagai wartawan misteri di Variasari.
Kemudian dia beralih ke bidang perubatan tradisional.

Jalil meninggal setelah mengalami demam dan dikebumikan tanah pekuburan Ampang, Kuala Lumpur.

Malam tadi saya mendapat berita, Rafie Hussin, penyanyi dan pelakon 80-an meninggal dunia. Hari ini genap usianya 49 tahun. Dia meninggal dunia di kediaman keluarganya di Taman Rowther, Gombak, pada pukul 7 malam.



"Allahyarham hanya mengadu sesak nafas sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir,'' kata adik iparnya, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Hari ini jenazahnya dibawa ke Tanah Merah, Kelantan untuk dikebumikan.


Beliau turut berlakon dalamdalam filem Azura, 1984, sebagai Razif.

Allahyarham Rafie yang sedang mengusahakan penerbitan filem Naga Tasik Chini meninggalkan isteri, Zawinuni yang sedang mengandungkan anak kelima mereka serta empat cahaya mata lain.Zawinuni Mohd. Ramli

Allahyarham Rafie yang memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pernah mendapat jolokan Elvis Presley Kelantan dan telah merakamkan beberapa buah album.

Selain filem Azura, Allahyarham juga pernah membintangi filem-filem lain seperti Di Ambang Kasih, Tujuh Biang Keladi, selain berlakon dalam banyak drama tempatan.

Kenangan terakhir saya bersama Rafie ketika mengadakan sesi fotografi bersama penyanyi Mazuin Hamzah, 1984.



Rafie kemudian menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan keluarga.