24 April 2017

Puisi 2 baris Tarafah bin al-Abd

Tarafah bin al-Abd salah seorang penyair Arab pra Islam yang terkenal. Di bawah ini merupakan puisi dua baris (couplet) yang dianamakan  "baḥr al-ramal." Dia berbicara mengenai kemurahan hati kaumnya.

نحن في المَشْتاةِ ندعو الجَفَلَى

لا ترى الآدبَ فينا يَنْتَقِرْ

Meski dalam khemah musim dingin
kami tetap mengundang semua orang menyertai jamuan
Engkau tidak akan menemui siapa pun seperti ini mereka hanya mengundang kalangan yang terpilih sahaja.
Dia menyebut khemah musim sejuk kerana musim sejuk ditandai
oleh kekurangan bahan makanan. Demikianlah cara Tarafah memuji kabilahnya.

Arab padang pasir mempunyai dua jenis mengundang orang menghadiri jamuan iaitu:

(1) Jafala (الجَفَلَى), menjemput semua ahli-ahli kabilah atau masyarakat untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam.

(2) Naqara (نقرى) hanya mempelawa ahli-ahli yang terpilih sahaja.

Puisi ini berpola: (1)dan da dan dan (2) dan da dan dan (3)  da da dan

Anatomi kuplet ini seperti berikut:

Baris 1:
nah nu fil mash (dan da dan dan)
ta ti nad 'ul (dan da dan dan)
ja fa la (da da dan)

Baris 2:
laa ta ral aa (dan da dan dan)
di ba fii naa (dan da dan dan)
yan ta qir (da da dan)

Melaka, 23/04/2017

Syafrein Effendi Usman